Peranti Pintar Di Indonesia Perlu Memiliki 30% Komponen Dan Perisian Tempatan Mulai Januari 2017

Peranti Pintar Di Indonesia Perlu Memiliki 30% Komponen Dan Perisian Tempatan Mulai Januari 2017

Diterbitkan pada Okt 23, 2016 oleh .

Di India erdapat inisiatif Made In India bagi menggalakkan pengeluar menghasilkan peranti di dalam negara mereka. Pengeluar akan menerima pelepasan cukai dan harga jualan peranti juga menjadi lebih mampu milik. Sebagai negara dengan pasaran peranti pintar ketiga terbesar di dunia, ramai pengeluar seperti Apple mula membuka kilang di India. Kini tiba giliran Indonesia yang akan menggunakan inisiatif yang serupa.

Inisiatif terbaru yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 mewajibkan peranti pintar 4G yang dijual di Indonesia mempunyai 30% penglibatan industri tempatan. Ini boleh dilakukan dalam betuk penghasilan komponen, perisian peranti ataupun pelaburan di dalam syarikat telekomunikasi tempatan. Setakat ini Samsung, Lenovo Moto, Oppo dan Blackberry sudah bersedia untuk memenuhi kehendak pihak pemerintah Indonesia.

Kegagalan memenuhi syarat ini kana menyebabkan jualan peranti pintar dari pengeluar dihalang jualannya. Sebelum ini Indonesia hanya meletakkan syarat 20% komponen buatan tempatan pada peranti pintar 4G sebelum ia boleh dijual. Pada tahun 2018 ia akan ditingkatkan ke 40%.

Indonesia bakal menjadi pasaran peranti pintar ke-empat terbesar di dunia dengan nilai jualan tahunan bernilai $1 Billion menjelang 2020. Inisiatif “Buatan Indonesia” ini ialah cara puak pemerintah untuk menghadkan kemasukan peranti luar ke pasaran tempatan yang dilihat tidak memberikan keuntungan kepada industri tempatan. Peranti pintar yang diimport di Indonesia dikenakan cukai sebanyak 20% tidak seperti di Malaysia. Haruskah kerajaan Malaysia mengikuti langkah Indonesia dan India bagi memaksa pelaburan dari pengeluar luar ke dalam negara?


TIPS & ULASAN