Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Warna Blue Coral Akan Mula Dijual 5 November Ini

Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Warna Blue Coral Akan Mula Dijual 5 November Ini

Diterbitkan pada Okt 23, 2016 oleh .

Warna Blue Coral ialah eksklusif pada peranti Samsung Galaxy Note 7 ketika ia dilancarkan Ogos lalu. Ia adalah warna yang tidak pernah digunakan pada peranti Samsung sebelum ini. Dengan pembatalan jualan Note 7, warna unik ini akan mula ditawarkan pada peranti Galaxy S7 Edge bermula di Singapura 5 November hadapan.

s7-edge-blue-coral-1Ini disahkan sendiri oleh laman rasmi Samsung Singapura. Sebelum ini S7 Edge hanya ditawarkan dalam warna hitam, perak, emas dan merah jambu. Di Singapura S7 Edge Blue Coral  ini akan dijual pada harga SGD 1098 (~RM 3295) dengan storan 32 Gigabyte. Tiada maklumat buat masa ini sama ada ia akan turut ditawarkan di Malaysia.


TIPS & ULASAN