Singapura Akan Menguji Bas Tanpa Pemandu Menjelang 2018

Singapura Akan Menguji Bas Tanpa Pemandu Menjelang 2018

Diterbitkan pada Okt 24, 2016 oleh .

Teksi tanpa pemandu sudah menjadi realiti di Amerika Syarikat dan Singapura. Proses ujian dilakukan oleh Uber di Pittsburgh dan nuTonomy di Singapura. Penggunaan sistem tanpa pemandu manusia ini secara teorinya lebih selamat kerana pemandu robot tidak mudah lalai seperti manusia. Singapura mahu maju setapak lagi dengan sistem bas awam tanpa pemandu. Sistem bas tanpa pemandu ini akan memulakan ujian pada tahun 2018.

ntu-bas-pemanduan-automatik-singapura

Projek ujian akan dilakukan di Jurong melibatkan kampus Nanyang Technological University (NTU)  dan CleanTech Park merangkumi stesen MRT Pioneer. Teknologi yang digunakan adalah dibangunkan sendiri oleh NTU dengan kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA). Dua bas awam biasa sepanjang 14 meter akan diubahsuai dengan sistem pemanduan automatik dan pengecasan elektrik. Setiap bas mampu membawa 50 penumpang dengan kelajuan maksimum 40 kilometer.

Ini bukanlah eksperimen pertama NTU dengan teknologi bas dengan sistem pemanduan automatik. Mereka telah berjinak-jinak dengan sistem bas mini serupa sejak beberapa tahun yang lalu. Kerjasama dengan LTA ialah evolusi seterusnya ke arah sistem pengangkutan awam yang tidak bergantung kepada pekerja manusia.


TIPS & ULASAN