Pada arena digital masa kini, pelayaran web ada kalanya boleh membantu anda menyelesaikan tugasan, tetapi pada masa yang sama turut boleh memberikan kesan dan membuatkan anda lalai dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Untuk mengatasinya, terdapat sejumlah aplikasi dan perisian yang membantu anda memantau masa yang dihabiskan selain memudahkan anda memfokuskan terhadap sesuatu perkara.
Salah satu pemalam untuk Chrome yang turut berfungsi memudahkan anda memantau masa yang dihabiskan di web adalah TimeYourWeb.
Ia merupakan sebuah pemalam untuk Chrome yang berjalan di latar, dan selepas memasangnya, ia akan mengambil data pelayaran anda mengikut berapa lama anda habiskan masa disesuatu web.
Menggunakannya, anda boleh memantau dan menguruskan lagi masa yang dihabiskan untuk pelayaran web. TimeYourWeb turut menyediakan beberapa carta yang memudahkan anda memahami kaedah pelayaran web anda.
Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, anda boleh memuat-turun pemalam ini dan menggunakannya dalam memantau masa yang dihabiskan anda disesuatu web.
- Muat-Turun TimeYourWeb untuk Chrome