Facebook Messenger Untuk Windows 10 Dikemaskini Dengan Sokongan Panggilan Suara Dan Video

Facebook Messenger Untuk Windows 10 Dikemaskini Dengan Sokongan Panggilan Suara Dan Video

Diterbitkan pada Okt 24, 2016 oleh .

Pada bulan April 2016 lepas, Facebook telah memperkenalkan aplikasi Facebook dan Messenger untuk pengguna desktop Windows 10. Selepas beberapa bulan diperkenalkan, kini Facebook dilihat telah mula menawarkan kemaskini untuk Messenger, menambah sokongan panggilan suara dan video untuk pengguna aplikasi berkenaan.

Dengan pengenalan fungsi ini, kini pengguna aplikasi Messenger tidak lagi perlu menggunakan aplikasi berkenaan dan menuju ke web Messenger.com sekiranya ingin membuat panggilan suara atau video.

Secara kasar, aplikasi Messenger untuk Windows 10 ini berfungsi lebih kurang sama seperti pada peranti mudah-alih yang lain dalam membuat panggilan suara dan video. Ia juga dilihat yang mana untuk panggilan berkumpulan, panggilan video tidak berfungsi lagi dan mungkin akan hadir pada masa akan datang.

Bagi anda yang aktif menggunakan perkhidmatan Messenger, anda boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi Messenger di desktop hari ini.

Muat-Turun Messenger untuk Windows 10


TIPS & ULASAN