Cari @ Amanz

Anak-anak kecil yang hidup di zaman pasca PC adalah amat beruntung. Sejak dari kecil sudah bijak bermain peranti pintar dan menggunakannya untuk pelbagai perkara. Ibu bapa moden tidak mempunyai masalah membelikan peranti pinta kepada anak yang secara harfiah baru berusia setahun jagung. Tetapi adalah liberalisasi penggunaan peranti pintar di kalangan anak kecil ini sesuatu yang baik?

Bayi Menangis

Menurut The American Academy of Pediatrics menyarankan ibu bapa menghadkan penggunaan peranti pintar selama sejam sehari bagi kanak-kanak berusia di antara 2-5 tahun. Apabila peranti digunakan, ibu bapa perlu memantau penggunaan peranti dan tidak membiarkan mereka menggunakannya secara perseorangan. Ibu bapa perlu mewujudkan zon bebas peranti di dalam rumah terutamanya di meja makan. Akhir sekali jangan sesekali meletakkan peranti di dalam bilik tidur anak dan menghalang penggunaannya sejam sebelum waktu tidur.

Sebagai seorang bapa celik teknologi, saranan yang diberikan ini akan cuba kami ikuti. Kami tidak mahu anak kami menjadi zombie peranti pintar sehingga gagal berinteraksi dengan rakan sebaya dan saudara mara. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz yang merupakan ibu bapa? Apakah peraturan penggunaan peranti yang anda kenakan ke atas anak-anak anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd