Cari @ Amanz

Google mempunyai sejumlah aplikasi untuk pengguna Android, dan terkini mereka turut menawarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan Wallpaper – dan seperti namanya, ia memberikan pilihan untuk pengguna memuat-turun dan menggunakan gambar latar menarik pada skrin telefon mereka.

Aplikasi Wallpaper ini ditawarkan untuk pengguna Android 4.1 Jelly Bean dan terkini, dan ia boleh dimuat-turun secara percuma.

Google Wallpaper

Beberapa peranti Android di pasaran hari ini sedia hadir dengan “kedai aplikasi” untuk gambar latar, dan Google Wallpaper ini boleh dikatakan salah satu alternatif untuknya.

Menariknya pada aplikasi ini, pengguna boleh turut menetapkan agar gambar latar berubah setiap hari mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh mencuba aplikasi ini dengan memuat-turunnya dari Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd