Cari @ Amanz

Aksesori untuk peranti Apple jauh lebih banyak dan kerap kali lebih kreatif berbanding untuk peranti lain. Hari ini mari lihat kerangka Lift and Go untuk Macbook. Kerangka logam rekaan Zenlet ini memudahkan Macbook Air dan Pro dibawa tanpa memerlukan beg khas. Sebuah tempat pemegang terbina disertakan bagi membolehkan ia dibawa seperti sebuah beg bimbit.

lift-and-go-macbook-3Pada waktu yang sama ia mempunyai fungsi kedua sebagai tetongkat. Apabila dibuka, sudut menaip papan kekunci MacBook pemilik boleh dilaras mengikut keselesaan. Pada waktu yang sama ia meningkatkan aliran udara ke bahagian bawah komputer riba. Kerangka aluminium yang digunakan adalah ringan dan boleh menyerap sebarang hentakan yang mungkin berlaku ke atas MacBook. Harga jualan Lift and Go bermula dari $119 (~RM 501) untuk MacBook 11 inci.

lift-and-go-macbook-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd