Carian
Kemudahan WiFI Percuma Di India Disalahguna Untuk Melayari Laman Lucah
October 24, 2016 Effi Saharudin

Perkhidmatan WiFi percuma ditawarkan bagi memudahkan orang ramai melayari internet tanpa sekatan. Di Malaysia WiFi di restoran mamak memudahkan kemas kini perisian peranti bagi golongan dengan data internet terhad. Hanya perlu membeli segelas air atau sepinggan Megi goreng sebagai bayaran. Di India perkhidmatan WiFi percuma RailTel ditawarkan di stesen dua puluh stesen kereta api dengan bantuan Google.

Setiap hari 1.5 Juta penumpang menggunakan perkhidmatan percuma ini. Menurut laporan Times of India, RailTel mendapati perkhidmatan ini disalah guna untuk melakukan aktiviti kurang enak. Pengguaan tertinggi ialah melayari laman lucah. Ini diikuti oleh melayari YouTube dan Wikipedia. Pada waktu yang sama ia turut disalah guna untuk memuat turun filem Bollywood dan Hollywood secara haram.

Sungguhpun telah disalahguna, RailTel dan Google akan mengembangkan rangkuman perkhidmatan ini ke 400 stesen kereta api dalam tempoh tiga tahun. Apa yang berlaku ini ialah lumrah manusia. Apabila diberikan sesuatu yang baik secara percuma, pasti ramai akan menggunakannya untuk tujuan yang menyimpang dari asal.

Komen