Apple iPhone 7 Plus Kini Boleh Dikemaskini Dan Menggunakan Fungsi Rakaman Potrait

Apple iPhone 7 Plus Kini Boleh Dikemaskini Dan Menggunakan Fungsi Rakaman Potrait

Diterbitkan pada Okt 25, 2016 oleh .

Apple ketika memperkenalkan iPhone 7 Plus tempoh hari, telah memperlihatkan beberapa keupayaan untuk dwi-kamera yang dibawakan olehnya. Selain daripada kebolehan zoom gambar, ia juga menyertakan sokongan rakaman gambar dalam mod Potrait.

iphone-7-plus001

Kini, seperti dijanjikan Apple, hari ini mereka telah mula menawarkan kemaskini iOS 10.1 yang menyertakan fungsi ini. Ia secara kasar, membolehkan anda merakamkan gambar wajah atau sesuatu perkara dengan membuat bahagian latar menjadi sedikit kabur – sekaligus menjadikan rakaman lebih cantik dan fokus terhadap sesuatu perkara.

Apple masih melabelkan fungsi ini sebagai beta, dan mungkin ia kadang-kala tidak berfungsi seperti yang diinginkan anda.

Bagi anda yang mengggunakan iPhone 7 Plus, anda boleh mengemaskini perisian anda hari ini dengan ke halaman Settings > General > Software Update.


TIPS & ULASAN