Google Ingin Menyertakan Teknologi Pemantauan Pergerakkan Mata Pada Set Realiti-Maya

Google Ingin Menyertakan Teknologi Pemantauan Pergerakkan Mata Pada Set Realiti-Maya

Diterbitkan pada Okt 25, 2016 oleh .

Google sebelum ini telah memperkenalkan peranti realiti-maya mereka dinamakan Daydream View yang beroperasi dengan menggunakan telefon pintar sebagai skrin untuknya. Selain daripada Daydream View, Google turut telah diperkatakan bakal hadir dengan set realiti-maya yang beroperasi secara kendiri tanpa memerlukan sebarang telefon pintar untuknya.

Daydream View

Lanjutan daripadanya, kini, laporan baru hadir mengatakan Google turut akan menyertakan sokongan memantau pergerakkan mata pada set realiti-maya akan datang mereka.

Dengan integrasi teknologi pemantauan mata, ia sekaligus membolehkan Google memaparkan pelbagai objek digital bersama-sama dengan objek fizikal disekitar mereka – sekaligus menawarkan sokongan AR yang baik kepada pengguna. Pengalaman yang ditawarkan olehnya juga akan lebih realistik memandangkan ia akan turut mengambil kira pergerakkan mata pengguna dalam memaparkan imej dihadapan mereka.

Google hari ini turut telah mengambil-alih sebuah syarikat yang membangunkan teknologi pemantauan mata untuk set realiti-maya iaitu Eyefluence.

Selain daripada Google, sebelum ini Microsoft dan Facebook, masing-masing telah memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh teknologi mereka, mengabungkan dunia maya dan realiti – iaitu melalui Hololens dan juga Oculus.


TIPS & ULASAN