Cari @ Amanz

Masalah yang melanda Note 7 benar-benar mendatangkan kesan kepada pelanggan. Ramai yang kehilangan alternatif kepada peranti dengan stylus terbaik di pasaran dan masih berkeras menggunakan peranti yang berbahaya ini. Pada waktu yang sama mereka dilarang menaiki pesawat sekiranya membawa Note 7. Ini memaksa Samsung untuk membuka kaunter khas bagi memberikan pulangan wang kepada pelanggan di lapangan terbang.

Mereka kini memberikan tawaran khas untuk Samsung Galaxy S8 dan Note 8 pada potongan harga 50% bagi pelanggan Note 7 semasa. Mereka turut akan menerima potongan 50% ke atas harga menukar ganti skrin sekiranya berlaku sebarang masalah. Buat masa ini tawaran menarik ini hanya diberikan kepada pelanggan di Korea Selatan. Mereka hanya perlu berdaftar sebelum 30 November.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd