Bulan Oktober semakin hampir ke penghujungnya dan tarikh pelancaran Huawei Mate 9 kini diketahui. Huawei akan mengadakan acara khas pada 3 November hadapan dan ini dipercayai tarikh pelancaran peranti utama yang dilengkapi pemproses Kirin 960. Gambar teaser untuk acara ini dikongsi oleh Huawei dan memberikan gambaran peranti yang bakal dilancarkan adalah amat pantas.
Pada waktu yang sama beberapa lagi ura-ura spesifikasi tertiris di arena web. Terkini @evleaks mengatakan Huawei Mate 9 Pro akan dilengkapi sistem zoom optikal sehingga 4X. Ini ialah peningkatan dari 2X yang digunakan pada iPhone 7 Plus. Lebih mengejutkan menurut beliau model paling premium ini bakal dijual pada harga $1300 (~RM 5422) sebuah.