Cari @ Amanz

Google Pixel dan Pixel XL ialah telefon pintar pertama yang direka sepenuhnya oleh Google. Dengan pelancaran dua peranti ini, mereka berharap dapat memberikan persaingan serius kepada iPhone yang mendominasi pasaran peranti premium. Dari beberapa ulasan yang kami temui di atas talian ramai yang memuji perisian, kualiti binaan dan kamera Pixel. Ramai juga yang merungut Pixel tidak kalis air IP68 seperti peranti utama premium yang lain. Persoalannya mengapa?

Jawapannya ialah Google kesuntukan masa mengejar tarikh akhir. Menurut David Pierce dari majalah WIRED, Google mereka semula peranti Pixel pada penghujung 2015. Jualan Nexus sepanjang 2015 dikatakan gagal memenuhi sasaran dan rekaan drastik perlu dilakukan bagi menghasilkan peranti yang terbaik.

Tempoh masa sekitar 9 bulan untuk mereka peranti Pixel adalah terlalu pendek dan kemampuan kalis air sepenuhnya (Pixel hanya kalis percikan air IP53) dikorbankan bagi mengejar masa. Sekiranya Pixel mendapat sambutan yang baik tahun ini tidak kami pasti kalis air IP68 ialah fungsi baru yang bakal disertakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd