Carian
Jualan Apple Watch Menjunam 71% Tetapi Masih Jam Tangan Pintar Nombor Satu Di Pasaran
October 25, 2016 Effi Saharudin

Tahun 2015 diramalkan menjadi tahun yang melihat lonjakan jualan jam tangan pintar. Apple Watch yang dilancarkan diramal akan mendominasi pasaran serta menjadikan jam tangan pintar aksesori yang perlu dibeli. Ramalan ini hanya lima puluh peratus tepat. Apple Watch memang mendomimasi pasaran tetapi pasaran peranti boleh-pakai dilihat semakin mengecut.

idc-peranti-boleh-pakai-2016-apple-watch-1

Mengikut perangkaan terkini IDC, sebanyak 1.1 Juta Apple Watch terjual pada suku ke-tiga 2016 berbanding 3.9 Juta pada suku yang sama tahun lalu. Ini ialah penurunan jualan hampir 72%. Sungguhpun begitu Apple Watch kekal sebagai peranti boleh pakai dengan jualan terbesar dengan 41.3% pasaran diikuti oleh Garmin, Samsung, Lenovo dan Pabble. Hanya 2.7 Juta peranti boleh-pakai pada suku ke-tiga 2016 berbanding 5.6 Juta pada tempoh masa yang sama tahun lalu. Hanya Garmin dan Samsung menunjukkan peningkatan pegangan pasaran. Adakah ini petanda peranti boleh-pakai gagal menarik minat majoriti pengguna?

Komen