Pengguna LG V20 Melaporkan Masalah Lensa Kamera Mudah Retak
LG

Pengguna LG V20 Melaporkan Masalah Lensa Kamera Mudah Retak

Diterbitkan pada Okt 25, 2016 oleh .

Tahun 2016 ialah tahun yang kami rasakan boleh diberi label “tahun peranti utama bermasalah”. Ada sahaja masalah yang dilaporkan beberapa minggu selepas peranti dikeluarkan. Dari masalah telefon berdesir, kelembapan sistem operasi, mudah meletup dan terkini lensa kamera mudah pecah dialami oleh pemilik LG V20.

lg-v20-masalah-kaca-pecahLensa kaca yang menutupi lensa dwi-kamera dilaporkan retak selepas digunakan sebagai lampu suluh selama 30 minit oleh seorang pengguna. Terdapat juga laporan yang peranti yang diterima sudah mempunyai rekahan sebaik sahaja dikeluarkan dari kotak. Buat masa ini masalah ini hanya melanda sebilangan kecil pengguna. LG tidak menggunakan kaca nilam pada lensa kamera. Masalah ini mengingatkan kami kepada model-model awal Nexus 6P yang turut dilanda epidemik kaca merekah dalam jumlah yang kecil.


TIPS & ULASAN