Cari @ Amanz

Zoom optikal membolehkan gambar yang diambil kelihatan lebih terang berbanding zoom digital. Objek yang jauh akan kelihatan lebih dekat sesuai untuk tujuan intipan jarak jauh. DJI melancarkan kamera terkini untuk dron mereka Zenmuse Z30 hari ini. Ia mempunyai kemampuan zoom optikal 30X dan zoom digital 180X.

zenmuse-z30-2Zenmuse Z30 direka untuk kegunaan industri yang memerlukan pemantauan dari jarak jauh seperti janakuasa kipas udara dan pihak bomba ketika memadam kebakaran. Dron tidak boleh terbang terlalu hampir kepada kawasan yang ingin dipantau dan kamera ini ialah jawapan kepada masalah sedia ada. Ia dilengkapi sensor 1/2.8″ CMOS yang merakam video pada resolusi 1080p, sistem penstabilan 5 paksi dan lensaf/1.6 – f/4.7. Harga jualan belum diumumkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd