Sospendo – Cagak Tablet Yang Boleh Dipasang Pada Tubuh

Sospendo – Cagak Tablet Yang Boleh Dipasang Pada Tubuh

Diterbitkan pada Okt 26, 2016 oleh .

Adakah anda gemar menggunakan tablet tetapi malas untuk memegangnya kerana tangan mudah lenguh? Anda tidak perlu risau kerana kini wujud Sospendo. Sospendo ialah cagak untuk tablet yang membolehkannya dipasang pada tubuh bagi membenarkan penggunaan pampas tangan.

sospendo-cagak-tablet-2

Cagak boleh lentur ini boleh dipasang pada pinggang ataupun leher pemilik. Mereka boleh melentur bahagian pemegang mengikut keselesaan tubuh masing masing. Ia sesuai digunakan di dalam kereta api, ketika duduk di sofa rumah ataupun ketika memainkan Pokemon Go di dunia sebenar. Ia dijual pada harga $25 (~RM 103) sebuah.


TIPS & ULASAN