Carian
Xiaomi Mi MIX Dilancarkan Dengan Nisbah Skrin Terbesar Dan Tubuh Seramik,
October 25, 2016 Effi Saharudin

Selain pelancaran Xiaomi Mi Note 2, Xiaomi turut berkongsi konsep peranti masa hadapan mereka. Peranti Xiaomi MIX  yang direka oleh Philippe Starck ini mempunyai skrin 6.4″ tanpa bezel yang mempunyai 91.3 % permukaan skrin pada bahagian hadapan. Dengan rekaan ini MIX mempunyai skrin yang besar tetapi mempunyai saiz fizikal sebuah iPhone 7 Plus. Tubuh peranti pula diperbuat daripada bahan seramik.

xiaomi-mix-6

Skrin 6.4″ dipadankan dengan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4/6 Gigabyte dan storan sehingga 128/256 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16-Megapixel dan kamera selfie pula sebesar 5-Megapixel. Bateri sebesar 4400 mAh disertakan dengan sistem pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Kerana kekurangan bezel, MIX mempunyai kamera hadapan yang terletak pada bucu bawah sebelah kanan peranti. Pada waktu yang sama pengimbas jari ultrasonik terbina pada skrin disertakan. Sistem bunyi aliran tulang pula digunakan pada bahagian atas peranti sebagai pengganti sistem pembesar suara konvensional untuk mendengar panggilan telefon. Konsep yang menarik dan sebenarnya sudah digunakan pada peranti konsep Sharp Corner R baru baru ini.

Xiaomi MIX dijual pada harga RMB 3499 (~RM 2152) untuk model 4GB/128 Gigabyte dan RMB 3999 (~RM 2459) untuk model 6GB/256 Gigabyte.xiaomi-mi-max-6

xiaomi-mix-5

xiaomi-mix-4

 

Komen