Xiaomi Tiada Perancangan Untuk Membawa Masuk Mi MIX Dan Mi Note 2 Ke Malaysia Buat Masa Ini

Xiaomi Tiada Perancangan Untuk Membawa Masuk Mi MIX Dan Mi Note 2 Ke Malaysia Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 25, 2016 oleh .

Hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan dua peranti baru, iaitu Mi MIX dan juga Mi Note 2. Kedua-duanya membawa sedikit pembaharuan dalam penawaran peranti daripada Xiaomi, disamping pada masa yang sama memfokuskan kepada teknologi skrin.

Mi Note 2 merupakan kemaskini kepada keluarga Note sebelum ini, dan kali ini ia membawa penggunaan skrin melengkung pada bahagian hadapan. Tiada ciri khusus yang disertakan, dan Hugo Barra sendiri mengatakan mereka membuatnya kerana ia kelihatan agak “cool” – disamping menawarkan nisbah skrin yang lebih luas.

Mi MIX pula merupakan eksperimen daripada Xiaomi yang turut dipasarkan, iaitu membawakan rekaan peranti dengan bahagian tepi skrin yang sangat-sangat nipis.

Hugo Barra

Walaubagaimanapun, bagi anda yang menantikan kedua-duanya, berita yang agak sedih, kerana Hugo Barra mengatakan tiada perancangan untuk membawa kedua-dua peranti ini ke pasaran Malaysia buat masa ini.

Pada masa yang sama, menjawab persoalan mengenai masa yang sangat lewat diambil oleh Xiaomi untuk membawa masuk peranti mereka, Hugo Barra mengatakan mereka sedang melakukan transisi daripada hanya kepada pasaran atas-talian, kepada pasaran luar-talian – iaitu melalui kedai fizikal dan pengedar. Perkara ini mengambil sedikit masa, dan Xiaomi menyasarkan untuk semuanya kembali pantas seperti sebelum ini pada tahun 2017 kelak.


TIPS & ULASAN