WhatsApp Beta Untuk Android Kini Turut Menyertakan Sokongan Panggilan Video

WhatsApp Beta Untuk Android Kini Turut Menyertakan Sokongan Panggilan Video

Diterbitkan pada Okt 25, 2016 oleh .

WhatsApp hari ini telah mengemaskini aplikasi beta mereka untuk Android, dan bersama-sama dengannya, ia turut menyertakan salah satu fungsi baru dalam bentuk ujian, iaitu kebolehan panggilan video.

Kini, pengguna boleh membuat panggilan video kepada rakan-rakan WhatsApp yang lain dengan menekan pada butang profil mereka, dan memilik ikon panggilan video. Ia seterusnya akan dihubungkan terus kepada rakan anda, dan anda boleh bersembang dalam bentuk video – berbanding hanya panggilan suara sebelum ini.

WhatsApp Video

WhatsApp dilihat turut telah mengoptimasikan sokongan panggilan video bagi membolehkan ia digunakan pada sambungan rangkaian yang lemah.

Buat masa ini, untuk menggunakan fungsi panggilan video, kedua-dua pemanggil dan penerima perlu menggunakan versi WhatsApp Beta terkini untuk Android.

Kita mungkin melihat fungsi ini diperkenalkan secara meluas kepada semua dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN