Pada awal bulan Oktober ini, Xiaomi telah membuka Mi Store secara rasminya di Singapura. Dan bercakap lanjut mengenainya, Xiaomi turut mengatakan mereka bercadang untuk menawarkan Mi Home di Malaysia pada masa akan datang.
Menurut Hugo Barra, berbeza dengan Mi Home yang beroperasi di China, untuk di Malaysia, mereka bercadang untuk menjayakannya dengan rakan kerjasama – tetapi menawarkan pengalaman Mi Home yang sama. Penjenamaan yang digunakan juga masih tidak dipastikan lagi sama ada akan kekal dipanggil Mi Home atau sebaliknya.
Mi Home disediakan oleh Xiaomi dalam usaha membolehkan para peminat produk Xiaomi untuk hadir dan bertemu rakan-rakan lain, disamping pada masa yang sama mencuba pelbagai produk Xiaomi dengan mudah dibawah satu bumbung.
Bercakap mengenainya juga, Hugo Barra mengatakan di Mi Home, kadang-kala terdapat beberapa barangan khusus yang mungkin tidak akan dipasarkan – memberikan peluang untuk pengguna mencubanya.
Hugo Barra tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalannya, tetapi sekadar mengatakan mereka sedang dalam proses perbincangan.