Aplikasi YouTube Kids telahpun menemui pengguna tempatan awal bulan ini. Aplikasi ini hadir dengan kandungan yang memfokuskan kepada kanak-kanak, selain boleh dikawal oleh ibubapa, seperti menetapkan waktu aplikasi ini boleh digunakan oleh anak mereka.
Animasi yang sedia popular seperti Upin-Ipin, Boboiboy dan Didi & Friends telahpun menempa nama menerusi rancangan mereka yang disiarkan menerusi YouTube. Hari ini menerusi acara yang diadakan oleh MDEC bersama-sama Google Malaysia, mereka mengumumkan lima lagi animasi tempatan yang bakal hadir menerusi YouTube Kids.
Chuck Chicken oleh Animasia
Origanimals oleh Giggle Garage
Mustang Mama oleh Inspedia
AstroLOLogy oleh Lemon Sky Productions
Hogie the Globehopper oleh Lil Critter Workshop
Dengan pertambahan karya animasi tempatan dalam YouTube Kids, ia sekaligus memberikan lebih banyak pilihan animasi yang tersedia untuk ibubapa dan juga memperkenalkan bakat-bakat tempatan yang bergiat dalam industri kreatif ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun YouTube Kids untuk Android
- Muat Turun
- Muat-Turun YouTube Kids untuk iOS