Gambar MacBook Pro Baru Dengan Panel Sentuh Di Papan Kekunci Tertiris

Gambar MacBook Pro Baru Dengan Panel Sentuh Di Papan Kekunci Tertiris

Diterbitkan pada Okt 26, 2016 oleh .

Apple bakal mengadakan acara khas mereka pada awal pagi Jumaat ini (waktu tempatan), dimana mereka dijangka mengumumkan komputer riba generasi baru. Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, Apple dijangka menawarkan perubahan pada papan kekunci dan menyertakan sebuah panel sentuh berasaskan OLED pada bahagian atas papan kekunci.

Kini, beberapa hari lebih awal, gambar untuk komputer riba berkenaan tertiris melalui kemaskini sistem operasi macOS Sierra yang diedarkan Apple.

Macbook Pro

Panel baru ini dikatakan mungkin dipanggil sebagai “Magic Toolbar”, dan diletakkan pada bahagian atas papan kekunci. Panel khusus ini juga akan menyertakan sokongan pengimbas cap jari yang menyokong Apple Pay. Pengimbas cap jari juga dijangka akan turut beroperasi sebagai butang kuasa pada komputer riba ini.

Apple dijangka membuat pengumuman rasmi berkaitan MacBook Pro baru ini awal pagi Jumaat ini, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya ketika itu.

Macbook Pro


TIPS & ULASAN