Cari @ Amanz

Apple mengumumkan laporan kewangan mereka untuk suku ke-tiga 2016 dan ia membawa berita baik bagi pemegang saham syarikat. Mereka mencatatkan jualan berjumlah $46.9 Billion (~RM 194.3 Billion) dengan keuntungan $9 Billion (~RM 37 Billion). Sungguhpun begitu ini ialah penurunan berbanding jualan $51.5 Billion (~RM 213.4 Billion)  dan keuntungan $11.1 Bilion (~RM 467 Billion) pada suku yang sama tahun lalu.

jualan-apple-q3-2016

Penurunan keuntungan ini adalah kerana jualan produk yang menunjukkan penurunan. Sebanyak 45.5 Juta iPhone, 9.3 Juta iPad dan 4.9 Juta Mac terjual pada suku ketiga ini. Sebagai perbandingan produk-produk yang sama masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 48 Juta, 9.9 Juta dan 5.7 Juta tahun pada suku yang sama tahun lalu.

Menarik sekali sumber pendapatan kedua terbesar Apple sekarang datang dari sektor perkhidmatan yang menyumbang 13% dari jumlah keseluruhan. Ia masih jauh di belakang iPhone (60%) tetapi di hadapan Mac (12%), iPad (9%) dan lain-lain (5%), Sekali lagi tiada maklumat terperinci mengenai jualan Apple Watch dan iPod disertakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd