Cari @ Amanz

Papan putih di tempat kerja digunakan untuk proses mencurah idea ketika mesyuarat. Sejak kebelakangan ini papan putih biasa yang menggunakan pen marker dianggap ketinggalan zaman. Segala idea yang tertulis perlu disalin secara manual. Dengan papan putih digital proses mengkatalog setiap perkara yang tertulis boleh dilakukan secara automatik. Google memperlihatkan Jamboard, papan putih digital mereka yang merupakan pesaing Microsoft Surface Hub.

jamboard-2Jamboard mempunyai skrin sesentuh 55″ dengan resolusi 4K. Ia menyokong kesemua aplikasi G Suite. Mesyuarat boleh dilakukan dengan kakitangan yang tidak berada di dalam bilik mesyuarat melalui integrasi peranti pintar. Terdapat juga stylus dan pemadam yang berfungsi tanpa bateri. Harga jualan Jamboard ialah $ 6000 (~RM 24900) sebuah dan akan dijual pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd