Carian
Pemilik Google Pixel Melaporkan Masalah Lens Flare Apabila Gambar Diambil
October 26, 2016 Effi Saharudin

Apabila dilancarkan beberapa minggu yang lalu Google Pixel dikatakan mempunyai kamera terbaik bagi peranti pintar. Ia kini ditangga teratas DXOMark. Sungguhpun begitu ramai pemilik Pixel dan Pixel XL kini melaporkan masalah lens flare yang muncul terlalu kerap apabila gambar diambil.


Seperti contoh di atas jelas kelihatan masalah “suar lensa” pada bahagian kiri gambar. Pihak Googl sudahpun memaklumkan mereka menyedari masalah ini dan kemas kini perisian kamera akan dilakukan bagi menyelesaikannya dalam masa beberapa minggu. Algoritma baru akan diperkenalkan di dalam sistem HDR+ untuk memadam lens flare di dalam gambar di masa hadapan. Seperti yang kami katakan semalam, 2016 ialah tahun peranti utama bermasalah. Seperti LG V20, iPhone 7 dan Note 7, Pixel juga mengalami masalah tetapi masih tidak terlalu kronik.

Komen