Kos Untuk Menghasilkan Sebuah Pixel XL Jauh Lebih Murah Dari Harga Jualan

Kos Untuk Menghasilkan Sebuah Pixel XL Jauh Lebih Murah Dari Harga Jualan

Diterbitkan pada Okt 26, 2016 oleh .

Harga jualan sebuah Google Pixel XL bermula dari $786 sebuah. Seperti biasa apabila peranti baru muncul, ramai yang tertanya-tanya berapakah kos sebenar penghasilannya. Sebelum ini kami ada melaporkan kos perkakasan iPhone 7 128 Gigabyte ialah$292 dan dijual pada harga $749. Kos penghasilan Google Pixel XL 32 Gigabyte pula ialah sekitar $ 285.75 (~RM 1188) menurut perkiraan firma IHS.

kos-google-pixel-xlKos paling tinggi ialah skrin AMOLED yang dihasilkan Samsung dengan kos $54. Ini diikuti oleh pemproses Qualcomm Snapdragon dengan kos $50. Samsung turut membekalkan cip storan manakala LG membekalkan bateri. Ini mungkin sebuah peranti berjenama Google, tetapi jelas sekali komponen dari pengeluar lain masih diperlukan.

Kos perkakasan yang dikira ini nampak seperti Google mengambil untung yang melampau. Tetapi harus diingat ini tidak termasuk kos pembangunan perisian, ujian makmal, pemasangan, pengiklanan. dan penghantaran peranti.


TIPS & ULASAN