Epson Malaysia Melancarkan 5 Pencetak L-Series Baru Dengan Sistem Dakwat Luaran

Epson Malaysia Melancarkan 5 Pencetak L-Series Baru Dengan Sistem Dakwat Luaran

Diterbitkan pada Okt 26, 2016 oleh .

Apabila bercakap mengenai pencetak, antara jenama yang paling saya syorkan adalah jenama daripada Epson. Mereka mempunyai penawaran pencetak dengan sistem dakwat luaran secara terbina dalam membolehkan pengguna mengisinya semula dengan kos yang lebih rendah.

Saya sendiri adalah pengguna Epson L210 yang mempunyai sokongan dakwat luaran ini yang kini telah memasuki sekitar dua tahun penggunaan. Saya suka dengan penawaran dakwat pencetak ini yang boleh diperolehi serendah RM20 untuk satu botol dakwat bersaiz besar. Tidak hairanlah mereka adalah pengeluar pencetak nombor satu untuk penggunaan sistem dakwat luaran selama 6 tahun berturut-turut.

Bagi meneruskan legasi kegemilangan mereka, Epson pada hari ini telah memperkenalkan lima barisan model baru di bawah L-series ini. Ia terdiri daripada tiga model yang memfokuskan kepada multi-fungsi, sebuah model pencetak berprestasi tinggi, dan sebuah model flagship dengan teknologi PrecisionCore.

l380-1

Bagi model multi-fungsi, ia terdiri daripada model L380, L385, dan L485 yang disasarkan untuk pengguna di rumah dan juga perniagaan berskala kecil. Ia membawakan kelajuan mencetak sehingga 10 helaian untuk pencetakkan monokrom dan 5 helaian untuk pencetakkan berwarna per minit. Ketiga-tiga model ini ia juga sangat efisien atas kemampuan mencetak sehingga 7,500 pencetakkan monokrom dan 4,500 pencetakkan berwarna tanpa penukaran dakwat.

l385

l485

Untuk model pencetakkan berprestasi tinggi, Epson telah memperkenalkan L605 dengan kemampuan untuk pencetakkan draft sehingga 33 helaian dan 13 helaian untuk pencetakkan berkualiti tinggi per minit. Printhead pencetak ini juga mampu mencapai resolusi pencetakkan maximum 4800×1200 dpi, sesuai untuk pencetakkan gambar dan dokumen berwarna.

l605

Epson juga turut menampilkan pencetak flagship mereka menerusi L1455 yang membawakan teknologi PrecisionCore pada printhead untuk kawalan kualiti pencetakkan terbaik. Ia juga merupakan pencetak A3 paling efisien di pasaran atas penggunaan kos yang rendah untuk pembelian dakwat. Ia mampu mencetak sehingga 18 helaian A4 atau 10 helaian A3 dengan kualiti tinggi pada kadar pencetakkan per minit. Dari segi sambungan, ia menawarkan sambungan yang ideal untuk pejabat seperti Ethernet, Wi-Fi, Wi-Fi Direct, dan USB 2.0.

l1455-1

Dari segi harga jualan, L380 ditawarkan pada harga RM698 manakala L385 dijual pada harga RM768. Bagi yang ingin mendapatkan fungsi Wi-Fi Direct, anda boleh mendapatkan model L485 yang boleh didapati pada harga RM878. Untuk pencetak berprestasi tinggi, L605 dengan kebolehan fax ditawarkan pada harga RM1348 sementara pencetak flagship L1455 dijual pada harga RM3488.


TIPS & ULASAN