Digi Memperkenalkan Sokongan Panggilan VoLTE – Hanya Untuk iPhone Buat Masa Ini

Digi Memperkenalkan Sokongan Panggilan VoLTE – Hanya Untuk iPhone Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 26, 2016 oleh .

Digi hari ini telah mengumumkan sokongan panggilan VoLTE melalui rangkaian mereka, yang mana sekaligus menawarkan kualiti panggilan yang lebih baik diantara pengguna. Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya, pengguna perlu mempunyai peranti dengan sokongan VoLTE – dan diterhadkan untuk iPhone sahaja buat masa ini.

Melalui sokongan VoLTE, panggilan suara disambungkan melalui rangkaian 4G LTE yang memberikan kualiti panggilan yang lebih jelas serta menghapuskan pelbagai bunyi latar yang menganggu. Disamping itu, salah satu kelebihannya adalah ia tidak menganggu aktiviti pelayaran web atau penggunaan data internet ketika anda ingin menjawab panggilan telefon.

Digi VoLTE

Untuk menikmatinya, pengguna perlu menggunakan iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 6, iPhone 6 Plus atau iPhone SE – dengan sistem operasi iOS 10.1 dan terkini. Buat masa ini, pihak Digi tidak berkongsi sebarang perancangan pengenalan fungsi sama untuk peranti Android. Digi sekadar mengatakan mereka akan menambah sokongan untuk peranti dari pengeluar lain dalam masa akan datang secara berperingkat.


TIPS & ULASAN