Samsung Galaxy J5 Prime Kini Di Malaysia – Berharga RM899

Samsung Galaxy J5 Prime Kini Di Malaysia – Berharga RM899

Diterbitkan pada Okt 26, 2016 oleh .

Samsung sebelum ini telah mula menawarkan Galaxy J7 Prime untuk pasaran tempatan, dan kini mereka turut menambah satu lagi penawaran dengan saiz sedikit kecil, dinamakan sebagai Galaxy J5 Prime.

Samsung Galaxy J5 Prime

Samsung J5 Prime hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi HD, dijana menggunakan cip empat-teras 1.4GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera utama 13-megapixel F/1.9 dan juga kamera hadapan 5.0-megapixel F/2.2. Peranti ini menawarkan sokongan dwi-SIM, dan menggunakan panel pengecasan berasaskan mikro-USB.

Melalui peranti ini, Samsung menekankan kepada sokongan kamera hadapan yang menawarkan selfie dengan rakaman luas, selain turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari untuk mengakses peranti.

Di Malaysia, Samsung Galaxy J5 Prime ini dijual pada harga RM899.


TIPS & ULASAN