Chrome Untuk Android Kini Turut Mula Memaparkan Artikel Yang Dicadangkan Pada Halaman Tab Baru

Chrome Untuk Android Kini Turut Mula Memaparkan Artikel Yang Dicadangkan Pada Halaman Tab Baru

Diterbitkan pada Okt 26, 2016 oleh .

Google telah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web Chrome untuk Android pada minggu lepas, dan seperti biasa ia diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Melaluinya, salah satu perkara baru yang turut disertakan adalah sokongan halaman tab baru.

Chrome Android

Pada halaman tab baru di Chrome untuk Android, kini anda boleh menatal ke bahagian bawah dan turut melihat artikel yang dicadangkan kepada anda. Google melaksanakan perkara ini berdasarkan kepada penggunaan pelayaran web oleh anda – dan telah ditawarkan melalui Google Now sebelum ini.

Dengan penawaran ini, Google turut membuat sedikit perubahan pada halaman tab baru, dan telah membuang butang akses pantas untuk Bookmarks seperti sebelumnya.

Halaman tab baru ini diperkenalkan secara berperingkat melalui Chrome 54 untuk Android. Anda yang aktif menggunakan Chrome, adakah anda mengemari akan fungsi baru ini?


TIPS & ULASAN