Qualcomm Mengambil Alih NXP Semiconductors Pada Harga RM 197 Billion

Qualcomm Mengambil Alih NXP Semiconductors Pada Harga RM 197 Billion

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Pengeluar cip terkemuka Qualcomm akan mengambil alih NXP Semiconductors pada harga $47 Billion (~RM 197 Billion). Pembelian yang dijangka diselesaikan penghujung tahun ini ialah langkah Qualcomm untuk menjadi antara pengeluar cip pemproses terbesar di dunia. Pembelian NXP yang berpangkalan di Belanda ini ialah strategi Qualcomm untuk menguasai pasaran cip pemproses untuk industri automotif.

NXP Semiconductors ialah syarikat pengeluar semikonduktor ketujuh terbesar di dunia. Gabungan Qualcomm dan NXP dijangka dapat menghasilkan jualan tahunan bernilai $30 Billion. Qualcomm menerima saingan yang semakin meningkat dari pengeluar cip dari China. Kemasukan ke dalam penghasilan cip untuk industri automotif ialah percaturan mereka untuk mendominasi pasaran kenderaan pintar yang dijangka meletus dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN