Cari @ Amanz

Paint merupakan salah satu aplikasi klasik pada Windows, dimana digunakan ramai untuk membuat penyuntingan ringkas pada gambar. Ia disertakan pada pelbagai versi Windows, dan terkini, Microsoft memberikan sedikit kemaskini untuknya melalui Paint 3D.

Paint 3D akan hadir bersama Windows 10 Creator Update, memudahkan pengguna untuk membangunkan kandungan 3D melaluinya.

Paint 3D

Disamping itu, pihak Microsoft turut memberikan fokus terhadap komuniti melalui pengumuman Remix 3D yang akan menjadi halaman setempat untuk pengguna berkongsi dan berkolaborasi dalam membangunkan kandungan 3D mereka.

Aplikasi Paint 3D ini akan hadir bersama-sama pengenalan Windows 10 Creator Update yang dijadualkan pada awal tahun 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd