Cari @ Amanz

Microsoft sedia mempunyai sejumlah rakan kerjasama pengeluar peranti, termasuk antaranya adalah Acer, Asus, Dell, HP dan juga Lenovo. Hari ini, pada acara khusus yang diadakan oleh Microsoft, gergasi perkomputeran berkenaan turut mengumumkan pengeluar berkenaan akan hadir dengan peranti realiti-maya tersendiri pada awal tahun 2017 kelak.

Windows 10 VR

Peranti realiti-maya daripada rakan kerjasama ini akan boleh dihubungkan terus ke komputer, dan mempunyai skrin tersendiri padanya. Peranti ini juga akan mempunyai beberapa sensor dalam memberikan pengalaman realiti-maya yang baik kepada pengguna.

Pengumuman ini hadir daripada Microsoft selepas mengumumkan Windows 10 Creators Update yang akan lebih memudahkan pengguna untuk hadir dengan kandungan 3D – termasuk melalui Paint 3D.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd