Cari @ Amanz

Selain dari pengumuman Windows 10 Creators Update dan juga komputer desktop AIO pertama dari Microsoft iaitu Surface Studio, mereka turut mengumumkan kemaskini bagi spesifikasi komputer laptop mereka yang dilancarkan setahun lalu iaitu Surface Book.

Surface Book merupakan penawaran yang sedikit berbeza dari Surface Pro, dimana ia membawakan rekaan lebih tebal berbanding Surface Pro kerana ia mempunyai kuasa pemprosesan yang lebih tinggi. Bagi versi terbaru ini, pihak Microsoft telah menambah kapasiti bateri, dan menawarkan masa bertahan 30% lebih lama dari versi terdahulu iaitu sekitar 16 jam. Mereka juga turut menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 yang paling baharu, dan juga kad grafik Nvidia GeForce GTX 965M.

Surface Book yang baharu ini akan ditawarkan pada tiga kapasiti storan yang berbeza iaitu 256GB yang akan dijual pada harga USD 2,399 (~RM 9,968 ), 512GB pada harga USD 2,799 (~RM 11,630) dan 1TB pada harga USD 2,999 (~RM 12,461+). Ia akan dijual secara pra-tempah bermula 10 November namun tiada maklumat berkenaan kesediaannya untuk pasaran tempatan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd