Carian
Groupon Mengambil-Alih LivingSocial
October 27, 2016 Aman

GrouponGroupon merupakan salah satu perkhidmatan yang popular suatu ketika dahulu dalam memudahkan para pengguna mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan pada harga diskaun. Walaubagaimanapun, popularitinya kian merudum pada hari ini dengan pilihan produk dan perkhidmatan yang agak terhad.

Hari ini, perkhidmatan Groupon mengumumkan mereka mengambil-alih LivingSocial. Bagi yang tidak mengenali akan LivingSocial, ia merupakan salah satu perkhidmatan seumpama Groupon, dan pada beberapa tahun lepas, kedua-duanya adalah pesaing rapat antara satu sama lain.

Groupon tidak mengatakan nilai pengambil-alihan LivingSocial buat masa ini. Disamping pengambil-alihan ini, pihak Groupon turut mengumumkan mereka akan menamatkan operasi dibeberapa buah negara dan melihat kepada beberapa alternatif lain.

Komen