Penjualan Apple AirPods Mengalami Kelewatan

Penjualan Apple AirPods Mengalami Kelewatan

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Fon telinga tanpa wayar Apple AirPods menjadi bahan jenaka selepas ia diumumkan. Sungguhpun begitu sambutan dari peminat Apple ke atasnya melangkaui jangkaan. Kepada yang menanti fon telinga tanpa wayar ini anda perlu menunggu lebih lama kerana ia akan mengalami kelewatan. Pada awalnya Apple mengumumkan AirPods akan boleh dibeli pada penghujung Oktober.Tarikh jualan baru masih belum diumumkan.

Apple mengeluarkan kenyataan mengatakan AirPods masih belum bersedia untuk dipasarkan. Mereka memerlukan sedikit lebih masa bagi memperhalusi produk yang menerima sambutan luar biasa dari peminat Apple. Tiada sebab diberikan mengapa masa yang lebih diperlukan. Dengan pelbagai masalah melanda pelbagai peranti di pasaran sekarang, ini ialah langkah bijak dari Apple untuk menunggu dan bukannya menjual aksesori yang masih belum sempurna.


TIPS & ULASAN