Cari @ Amanz

Windows 10 Creators Update akan hadir pada awal tahun 2017 kelak, dimana ia bakal menyertakan sejumlah fungsi baru. Salah satu daripadanya juga adalah sokongan yang dinamakan sebagai My People.

Fungsi My People ini akan terletak pada Taskbar di Windows 10, dan memfokuskan kepada memudahkan proses komunikasi dan perkongsian antara anda dengan rakan-rakan yang lain.

Windows 10 MyPeople

Pengguna boleh meletak senarai rakan-rakan penting dan utama mereka di bahagian My People ini, dan kemudian boleh menghantar mesej menggunakan pelbagai aplikasi komunikasi – termasuk Mail dan Skype. Microsoft akan membuka sokongan untuk perkhidmatan pihak ketiga tidak lama lagi.

Dengan ini, ia sekaligus memudahkan proses komunikasi dan membolehkan anda tidak terlepas sebarang mesej penting daripada mereka yang utama – sama ada dari segi perniagaan ataupun ahli keluarga.

Fungsi ini akan hadir bersama pada kemaskini Windows 10 Creators Update pada awal tahun 2017 yang akan ditawarkan secara percuma.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd