Dalam arena penstriman permainan, terdapat sejumlah perkhidmatan yang menyokongnya termasuk Twitch, Facebook dan juga YouTube. Kini, Microsoft turut ingin memudahkan proses berkenaan, dengan menyertakan fungsi secara terbina pada Windows 10.
Dengan ia hadir terbina, pengguna tidak lagi perlu risau akan untuk membuat tetapan dan memasang perisian khusus pada komputer sebelum dapat melakukan penstriman langsung.
Melalui Windows 10 Creators Update kelak, pengguna hanya perlu menekan butang “Windows” dan “G”, sekaligus ia akan mengaktifkan sokongan penstriman langsung.
Buat masa ini, ia hanya menyokong penstriman ke Beam sahaja. Microsoft tidak mengatakan sebarang perkara mengenai sokongan untuk platform penstriman lain buat masa ini.