Carian
ZTE
ZTE Axon 7 Max Tertiris Dengan Sistem Dwi-Kamera
October 27, 2016 Effi Saharudin

ZTE Axon 7 ialah peranti yang baru kami ulas beberapa hari yang lalu. Peranti ini direka khas pengguna yang mementingkan audio kerana dilengkapi cip khas untuk audio berdefinisi tinggi. Kini rekaan untuk ZTE Axon 7 Max tertiris ke arena web. Ia dilengkapi skrin lebih besar dan sistem dwi-kamera.

zte-axon-7-max Skrin 6″ HD penuh dipadankan dengan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Ini ialah penurunan spesifikasi Axon 7 yang dilengkapi Snapdragon 820 tetapi lebih tinggi berbanding Snapdragon 617 pada Axon 7 Mini.

Kamera berkembar 13-Megapixel dengan sensor buatan Sony digunakan dengan kemampuan mengambil video tiga dimensi. Kali terakhir kami melihat sistem dwi-kamera seperti ini ialah pada HTC Evo 3D dan LG Optimus 3D. Menarik sekali Axon 7 Max mungkin turut mampu memaparkan kandungan 3D tanpa memerlukan kaca mata khas. ZTE Axon 7 Max akan dilancarkan secara rasmi hari ini di China dan mari kita lihat sejauh mana kebenaran di sebalik imej yang tertiris ini.

zte-axon-7-max-2

Komen