Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan desktop semua-dalam-satu berjenama Surface, iaitu Surface Studio, pihak Microsoft turut memperkenalkan sebuah peranti khusus dinamakan sebagai Surface Dial. Menggunakannya, ia dilihat lebih memfokuskan kepada mereka yang terlibat dalam arena kreatif dan memudahkan proses lakaran dan berkaitan dengannya.

Surface Dial

Menggunakan Surface Dial, pengguna hanya perlu meletakkan ia di atas skrin, dan akan memaparkan menu dan penggunaan berdasarkan kepada aplikasi yang dibuka. Sebagai contoh, ketika sedang membuat lakaran, pengguna boleh menggunakan Surface Dial dalam memutar bagi memilih warna, atau memadam apa yang telah dilakukan dengan senang.

Disamping pada aplikasi lakaran, ia juga boleh digunakan untuk menyelak helaian dokumen, mengawal audio, rewind video, dan sebagainya.

Surface Dial ini akan memberikan sokongan konteks menu hanya pada Surface Studio sahaja, tetapi turut dikatakan akan menyokong Surface Pro 3, Pro 4, dan juga Surface Book.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah akan hadir ke pasaran Malaysia. Di Amerika Syarikat, ia dijual pada harga $100 (~RM416).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd