Dua Pengawal Permainan Untuk PlayStation 4 Dihasilkan Untuk Atlet E-Sukan

Dua Pengawal Permainan Untuk PlayStation 4 Dihasilkan Untuk Atlet E-Sukan

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Menjadi atlet e-sukan ialah cita-cita yang kini boleh dipandang serius. Sekiranya anda mempunyai bakat di arena e-sukan anda boleh menerima habuan yang lumayan di dalam pertandingan yang semakin kerap dianjurkan di seluruh negara. Seperti atlet sukan biasan, atlet e-sukan memerlukan peralatan khas bagi memberikan kelebihan ketika bertanding. Dua pengawal permainan PlayStation 4 kini dihasilkan oleh Razer dan Nacon untuk mereka.

razer-raiju-3

Kedua-dua pengawal ini adalah produk yang dilesenkan secara rasmi oleh Sony. Razer Raiju mempunyai dua butang berbentuk picu tambahan berbanding DualShock 4. Terdapat juga empat butang kawalan audio terbina. Pemain boleh menyimpan dua profil khas untuk dua permainan berbeza. Tahap keperincian butang  picu juga boleh ditetapkan mengikut kehendak pengguna.

Nacon Revolution pula mempunyai empat butang tambahan serta konfigurasi butang analog kiri yang berbeza dari DualShock 4. Butang digital empat hala digantikan dengan lapan hala. Berat tambahan boleh diletakkan di dalam bahagian pemegang sekiranya perlu. Seperti Raiju, kepekaan butang pemicu boleh diubah mengikut keperluan

Tiada maklumat mengenai harga diumumkan setakat ini. Pengawal DualShock 4 standard dijual pada harga hampir RM200 di Malaysia. Memandangkan Razer dan Nacon ialah jenama e-sukan yang terkenal, kami tidak terkejut sekiranya harga jualan kedua-dua aksesori ini tidak mampu milik.

nacon-revolution-ps4-2


TIPS & ULASAN