(Ura-Ura) Apple Akan Menghasilkan Tiga Model iPhone 8 Pelbagai Saiz Tahun Hadapan

(Ura-Ura) Apple Akan Menghasilkan Tiga Model iPhone 8 Pelbagai Saiz Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

iPhone 7 baru sahaja memasuki pasaran tempatan dan ura-ura peranti generasi seterusnya sudah mula tersebar. Ura-ura terkini adalah dari laporan Nikkei Asian Review yang mengatakan Apple akan menghasilkan tiga model iPhone 8 tahun hadapan. Ketiga-tiga model akan dilengkapi skrin OLED sebesar 4.7″, 5″ dan 5.5″. Ini tidak pernah dilakukan oleh Apple sebelum ini.

Pada waktu yang sama iPhone 8 dikhabarkan akan dilengkapi panel kaca pada bahagian belakang. Ini adalah penggunaan kaca buat kali pertama sejak iPhone 4S. Penggunaan panel kaca dihentikan kerana ia mudah pecah. Apple mungkin menggunakan semula rekaan ini kerana teknologi kaca semasa seperti Gorilla Glass 5 sudah mampu menahan hentakan dengan lebih baik.  Sekiranya benar adakah ini langkah yang baik dari Apple dan saiz skrin manakah yang akan anda pilih?


TIPS & ULASAN