Uji Laman Web Anda Dengan Google Test My Site

Uji Laman Web Anda Dengan Google Test My Site

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Pada masa kini terdapat lebih ramai pengguna yang melayari laman web menggunakan peranti mudah-alih, berbanding komputer riba. Sekiranya anda pemilik perniagaan, adalah penting untuk memastikan laman web anda mesra mudah alih, dan Google menyediakan perkhidmatan untuk menyemak laman web anda iaitu Google Test My Site.

Bagi menggunakan perkhidmatan Google Test My Site amat mudah. Pengguna hanya perlu melayari halaman yang disediakan dan memasukkan alamat halaman web mereka. Ia akan diuji berdasarkan paparan yang mesra mudah alih, kelajuan halaman tersebut dimuatkan didalam peranti dan juga kelajuan halaman tersebut dimuatkan pada pelayar yang terdapat pada komputer riba.

test-my-site-report

Markah akan diberikan untuk ketiga-tiga aspek pengujian tersebut. Bergantung kepada markah yang diperoleh, Google juga akan turut mengesyorkan perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengoptimasikan halaman web untuk menjadi lebih berguna buat pelawat. Laporan tersebut juga boleh dihantarkan ke akaun emel anda.

Uji laman web anda: Google Test My Site


TIPS & ULASAN