Google: Pengguna Malaysia Kerap Merujuk Internet Sebelum Melakukan Pembelian

Google: Pengguna Malaysia Kerap Merujuk Internet Sebelum Melakukan Pembelian

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Menurut Google Malaysia, pengguna tempatan merupakan salah satu pengguna yang sofistikated, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar penggunaan peranti pintar yang tinggi. Pada tiga tahun lepas, kadar penggunaan peranti pintar dikalangan rakyat hanyalah di sekitar 35% dan pada tahun ini ia telah meningkat sehingga 81%. Boleh dikatakan setiap 10 penduduk di Malaysia, 8 penduduk menggunakan peranti pintar.

Dalam berkongsi lebih lanjut mengenainya, beberapa statistik turut didedahkan oleh Google. Kebanyakan pengguna tempatan menggunakan telefon pintar bukan sahaja untuk melayari laman web apabila diperlukan, bahkan pada kebanyakan masa biarpun tanpa keperluan. Sebagai contoh, pada ketika tidak melakukan sesuatu, wujudnya golongan yang digelar ‘Supershoppers’ iaitu mereka yang mengetahui mengenai produk, tawaran diskaun, dan juga berupaya melakukan perbandingan kerana mereka kerap melayari laman-laman jual beli, meskipun tidak membeli barangan tersebut. Mereka ini yang kerap menjadi tempat rujukan dikalangan rakan-rakan dan saudara mara.

screenshot_1598 screenshot_1597

Google Malaysia turut berkongsi fakta-fakta berikut:

  • 86% pengguna merujuk internet untuk membuat keputusan bagi pembelian.

  • 92% membuat keputusan bagi melakukan pembelian setelah mengetahui mengenainya.

  • 74% akan melawat laman jual beli atau laman produk.

  • 51% akan membeli produk berdasarkan jenama.

  • 88% tidak kisah akan jenama produk.

  • 68% akan membeli jenama yang biasanya tidak dipilih mereka, hanya kerana terdapat informasi berkenaannya pada peranti mereka.

  • 66% memilih jenama yang menyediakan kandungan video berkenaan produk.

  • 69% berkemungkinan akan membei dari aplikasi/laman yang memberikan maklumat mengenai produk yang dicari.

  • 81% pengguna mencari maklumat FAQ.

  • 70% pembeli membeli barangan yang membolehkan ia dibeli dengan lebih pantas. (fungsi pantas pembayaran)

  • 84% menggunakan fungsi ‘Store Locator’ yang terdapat pada laman web untuk mengetahui lokasi tersebut.

  • 81% masih menyemak telefon mereka sebelum membeli barangan tersebut meskipun telah berada didalam kedai tersebut.

  • 53% akan hadir ke kedai untuk menyemak dan mencuba produk tersebut.

  • 16% akan membelinya di luar talian selepas melihat iklan di atas-talian.

screenshot_1599

Dengan fakta-fakta sebegini, ia adalah penting untuk pemilik perniagaan turut sedar akan kepentingan untuk memberikan maklumat berkenaan perniagaan mereka di ruang digital. Selain dari itu, adalah penting untuk memastikan maklumat tersebut jelas dan pantas diperoleh. Pemilik perniagaan juga boleh menguji laman web mereka di Google Test My Site yang turut diumumkan pada acara yang sama.

Anda juga boleh mengetahui maklumat sebegini di halaman Consumer Barometer yang disediakan Google.

Layari: Consumer Barometer Malaysia


TIPS & ULASAN