Oukitel K7000 Dengan Bateri Tambahan Sehingga 7000mAh Kini Di Malaysia – Berharga RM499

Oukitel K7000 Dengan Bateri Tambahan Sehingga 7000mAh Kini Di Malaysia – Berharga RM499

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Oukitel merupakan satu lagi jenama telefon pintar dari China, dan terkini mereka telah mula menawarkan salah satu peranti terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Oukitel K7000.

Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah penawaran kapasiti baterinya. Oukitel K7000 hadir dengan bateri terbina 2000mAh, tetapi turut hadir dengan penambahan sebuah kerangka tambahan dengan integrasi bateri yang dinamakan Matrix dan menawarkan kapasiti 5000mAh. Secara keseluruhan, apabila digunakan bersama, ia menawarkan jumlah kapasiti penggunaan sehingga 7000mAh.

Oukitel K7000

Walaubagaimanapun, untuk ramai pengguna, kapasiti mungkin bukan fokus utama, tetapi sebaliknya masa penawaran penggunaan bateri berkenaan. Kami sendiri tidak berpeluang lagi mencubanya, dan tidak ketahui berapa lama bateri berkapasiti 7000mAh ini mampu bertahan. Hal ini kerana ia juga turut bergantung kepada pengoptimasian perisian yang dibawakan oleh peranti berkenaan.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi HD, cip MediaTek MT6737, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Ia turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Seperti kebanyakkan peranti baru di pasaran, Oukitel K7000 ini turut menyertakan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang untuk tujuan sekuriti tambahan.

Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM499.


TIPS & ULASAN