U Mobile Melanjutkan Promosi 15GB Hero P70 & Video-Onz Sehingga Akhir 2017

U Mobile Melanjutkan Promosi 15GB Hero P70 & Video-Onz Sehingga Akhir 2017

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Tahun 2016 belum lagi memasuki bulan terakhir namun terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang telah mula mempromosi penawaran terbaru untuk tahun hadapan. Hari ini U Mobile telah mengumumkan untuk melanjutkan dua promosi mereka sehingga akhir tahun hadapan.

14713632_1510977145595423_1288838128656507246_nSalah-satu penawaran utama mereka ialah pelan pascabayar mereka yang popular iaitu Hero P70. Pelan ini hadir dengan tawaran tambahan kuota data menjadikan sejumlah 15GB tersedia untuk pelanggan yang dijadualkan akan berakhir tahun ini. Namun pada hari ini U Mobile telah melanjutkan tawaran ini sehingga akhir tahun hadapan, sekaligus menjanjikan lebih data pada harga yang mampu milik.

Satu lagi penawaran menarik dari U Mobile adalah Video-Onz, dimana menerusi tawaran ini, penstriman video yang dilakukan menerusi perkhidmatan popular seperti iflix, Netflix dan YouTube tidak akan diambil kira didalam penggunaan kuota data bagi pelan Hero P70 keatas, manakala bilangan kuota data berbeza ditawarkan untuk pelan yang lebih rendah. Berkuatkuasa hari ini, tawaran ini juga akan dilanjutkan sehingga akhir tahun hadapan membolehkan pengguna menstrim video tanpa was-was.

Dengan lanjutan kedua-dua penawaran ini mungkin kita bakal dapat melihat lebih banyak tawaran menarik yang bakal dibawakan oleh syarikat telekomunikasi yang lain untuk tahun hadapan.


TIPS & ULASAN