Huawei Joy 6 Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Skrin 5″

Huawei Joy 6 Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Skrin 5″

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Huawei ialah pengeluar peranti ketiga terbesar di dunia sekarang dan semakin menghampiri Apple yang kini di tempat kedua. Perubahan imej mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini amat menakjubkan. Nama mereka benar-benar melonjak selepas menghasilkan Nexus 6P untuk Google. Peranti utama Mate 9 akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi tetapi mereka masih sempat melancarkan sebuah peranti kelas permulaan Joy 6 hari ini.

huawei-enjoy-6

Huawei Joy 6 ialah peranti 5″ LCD IPS HD yang dipadankan dengan pemproses MediaTek MTK6750, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disertakan. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera selfie 5-Megapixel. Sebuah bateri 4100 mAh disertakan bagi melengkapi spesifikasi.

Ia menggunakan Android Marshmallow dan sungguhpun berspesifikasi rendah masih mempunyai sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang. Peranti ini turut menyokong dwi SIM dan panggilan VoLTE. Harga jualan Huawei Joy 6 ialah RMB 1299 )~RM 803) sebuah.


TIPS & ULASAN