Microsoft Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Kolaborasi Perusahaan Dinamakan Microsoft Teams

Microsoft Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Kolaborasi Perusahaan Dinamakan Microsoft Teams

Diterbitkan pada Okt 27, 2016 oleh .

Sebelum ini, kita telah mendengar desas-desus mengenai Microsoft yang sedang membangunkan sebuah perkhidmatan kolaborasi dan kerjasama seumpama Slack. Ketika awal desas-desus, ia dikatakan akan dinamakan sebagai Skype Teams, tetapi kini sebaliknya ia dilihat bakal dijenamakan sebagai Microsoft Teams.

Microsoft Teams

Laman untuk Microsoft Teams sendiri dilihat telah aktif di domain teams.microsoft.com, tetapi pengguna masih belum boleh mengaksesnya lagi. Microsoft Teams ini dijangka mengintegrasikan fungsi seumpama Slack seperti permesejan, kemudahan membuat bilik sembang mengikut projek dan sebagainya – termasuk hadir dengan produk Microsoft lain seperti Office, Outlook dan OneDrive.

Microsoft menjadualkan acara khusus pada 2 November kelak, dan dijangka berkongsi lanjut mengenainya ketika itu.


TIPS & ULASAN